Make your own free website on Tripod.com

Flowchart: Terminator: KEMBALI KE MENU UTAMASEJARAH SEKOLAH

 

 

Sekolah Kebangsaan Balimbang, semporna telah ditubuhkan pada tahun 1962.   Terletak di sebuah Pulau besar yang dinamakan Pulau Bum-Bum berhadapan dengan Pekan Semporna dan dipisahkan oleh selat kecil kira-kira 1 km atau 5 hingga 7 minit jika menaiki bot penumpang.  Dulunya sekolah ini dikenali sebagai Native Volontary School (NVS) di bawah kelolaan pihak Inggeris.   Kemudian ditukarkan kepada Government Primary School (GPS) juga dibawah kawalan pihak Inggeris.

 

Seorang ketua kampung juga anak jati tempatan Kampung Balimbang telah menyedari kepentingan pendidikan untuk masa depan anak cucunya telah mendesak agar pihak Inggeris mendirikan sebuah sekolah di kampung ini. Beliau ialah OT Tuan Hj. Bakar Bin Langkas @ Hassan.  Beliau merupakan seorang yang berpengaruh dalam kampung tersebut.

 

Sekolah asal yang ditubuhkan dalam tahun 1962 ini, terletak kira-kira 1.5 km dari pangkalan jeti Kampung Balimbang atau berjalan kaki lebih kurang 30 minit untuk sampai ke sekolah melalui jalan kampung atau belukar.   Mempunyai sebuah bangunan kayu dan berdindingkan atap nipah sahaja  dan sebuah pondok sebagai sebuah rumah guru.  Sekolah ini pernah musnah sebahagian akibat ribut. Atas kejadian itu sekolah ini dilawati oleh Pegawai Bahagian Tawau masa itu iaitu En Fung Cheung Ming bersama penyelianya En. Thomas Tan pada 10hb. Febuari 1996.  Murid pertama seramai 55 orang sahaja.

 

Pada tahun 1982 sebuah sekolah baru dibina bagi menggantikan sekolah lama di atas tapak seluas 4.27 ekar yang diserahkan oleh Ot Tuan Hj. Abu Bakar kepada kerajaan pusat bagi tujuan tersebut.Kemudian dinamakan mengikut nama kampong tersebut. Kini sekolah ini merupakan salah satu dari 11 buah sekolah di Semporna.   Sebelum tahun 1997 sekolah ini merupakan sekolah rendah gred B sahaja namun bilangan murid sentiasa bertambah dari tahun ke setahun.

 

Berikut senarai guru besar yang pernah berkhidmat di sekolah ini :

 

              1.    En. Omar Bin Sahibil                         1992

              2.    En. Ghazali Bin HUssen                      1963

              3.    En Abd. Basa Bin Sarikala                   1965

              4.    En. Abd. Rashid                              1966

              5.    En. Sahirul Bin. Lakibul                      1967                               

              6.    En.Yahya Bin. Ali Akhbar                    1968

              7.    En. Abd. Hamid Bin Abd. Kahil              1970

              8.    Tn. Hj. Yunus Bin Abd. Rashid              1971

              9.    Tn. Hj. Ali Bin Tapaan                       1972

              10.   En.Khamis Bin Jasman                        1997

              11.   Tn.Hj. Yusuf B. Hj. Gujong                  1998

              12.   En. Abd. Bangsa Bin Abd. Alasa            2005